Just a moment...
- Select a language for the TTS:
- UK English Female
- UK English Male
- US English Female
- US English Male
- Australian Female
- Australian Male
- Language selected: (auto detect) - EN
Play all audios:
PENYANYI, Siti Nordiana Alias, 32, mengaku serba salah apabila dicop diva dan bersikap pilih bulu. Segala-galanya berpunca apabila dia terpaksa menolak beberapa tawaran disebabkan
pertembungan jadual persembahan. Sebagai insan yang menjadikan dunia seni sebagai kerjaya sejak 16 tahun lalu, katanya, mana mungkin dia 'suka-suka' menolak undangan sekali gus
menutup pintu rezeki sendiri tanpa alasan konkrit. "Saya minta maaf jika ada pihak yang terkilan atas penolakan tawaran atau undangan persembahan. Percayalah, jika badan saya boleh
dibahagikan, memang saya sedia mengambil semua tawaran. "Namun, saya tidak mahu dituduh tamak andai menerima saja apa yang datang. Lagipun, saya tidak mahu merosakkan periuk nasi
sendiri jika mutu persembahan menurun kerana letih berkejar ke sana sini. "Apabila difikirkan semula, biarlah orang mahu cop apa sekalipun. Ini kerana saya yakin lambat laun mereka
faham situasi ini. Saya masih Siti Nordiana yang sama seperti mula-mula menceburi bidang nyanyian dulu," katanya kepada BH. Siti Nordiana yang selesa disapa Nana menambah, dirinya kini
lebih matang dalam mengharungi kehidupan dan mengatur perjalanan karier. "Kalau saya bersikap seperti dulu, mungkin saya kaut semua tawaran memikirkan imbuhan tanpa memikirkan mutu
persembahan," katanya penuh berkias. Dalam rancak memenuhi undangan pentas dan program televisyen (TV), Nana memberitahu, dia sempat membintangi drama bersiri berjudul Semanis Honey
yang sedang ditayangkan di sebuah saluran berbayar. Mengakui agak kekok di lokasi penggambaran selepas kali terakhir berlakon drama dua tahun lalu, Nana berkata, rasa gemuruh terkikis dengan
kerjasama sama semua pelakon selain kesungguhan pengarah, Michael Ang. "Sebenarnya, Ang mengajak saya berlakon ketika saya masih dalam GV2 lagi. Ketika itu, belum ada tawaran lain,
jadi saya ambil peluang kerana rindu untuk beraksi. "Ang juga sudah menetapkan tarikh penggambaran mulai Mac lalu. Jadi, semuanya sudah disusun elok dalam jadual. Apabila datang
undangan lain, ia diatur mengikut kesesuaian masa saya di lokasi. "Mujur produksi faham dengan situasi saya yang perlu berkejar ke undangan pentas atau program TV pada sebelah
malam," katanya yang dipertanggungjawab memegang watak utama dalam kisah percintaan itu. Ditebak soal isi hatinya yang kosong sejak tujuh tahun lalu, ibu tunggal kepada seorang cahaya
mata itu tersenyum simpul. Nana menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan takdir. Enggan mencari jodoh, sebaliknya, Nana mahu sesiapa yang hadir dalam hidupnya menerima anak tunggalnya,
Mohamad Rayyan Nakhaie, 8, seperti darah daging sendiri. Diusik sama ada desas-desus menjalin cinta dengan pengurus sendiri, Anas, barangkali membuatkan lelaki lain takut mendekatinya,
pantas Nana menganggukkan kepala sambil tertawa kecil. "Memang benar, gara-gara Anas, ada yang takut menghulurkan perkenalan kepada saya. Tetapi tidak mengapa, bagus juga gosip begini
muncul kerana hakikatnya, saya belum bersedia dengan komitmen. "Dunia saya sekarang hanya kerja, anak dan keluarga. Kalau boleh saya mahu mencukupkan wang simpanan untuk masa depan
Rayyan terutama pendidikannya. Bukan bermakna andai bersuami nanti dia tidak mampu menyediakan semua itu. "Cuma, selagi kudrat saya mampu untuk bekerja, saya akan terus berkorban demi
buah hati saya. Setakat ini, Rayyanlah lelaki yang paling akrab dengan saya," kata wanita berjiwa penyayang itu. Ketika ini, Nana juga tidak sabar menunggu maklum balas pendengar
terhadap single baharu berjudul Pesanan Teragung hasil nukilan bersama Audi Mok serta Omar K. Pada masa sama, selain menjadi finalis kategori online Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 29,
Nana bakal sebaris dengan beberapa penyanyi 'otai' seperti Datuk Jamal Abdillah, Ziana Zain, Liza Hanim dan Misha Omar bagi memanaskan malam kemuncak pada 8 Mei ini. "Mengenai
pencalonan dalam kategori Artis YouTube Popular pada ABPBH 29, saya berbesar hati apabila disenaraikan. Terharu apabila klip nyanyian saya dimuat naik peminat malah dikongsi ramai orang
hingga mencecah tiga juta tontonan. "Melihat sokongan begini, saya rasa bagai dibangkitkan semula dalam dunia seni. Ini kerana dulu saya pernah menyepi selama dua tahun dan mengambil
keputusan makan gaji. Tanpa mereka (peminat), tidak mungkin saya sekuat sekarang," katanya lagi.